Friday, November 25, 2011

Bahasa Isyarat Komunikasi

Berkomunikasi melalui pertuturan adalah terbaik bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran, akibat daripada kerosakan pendengaran, maka kaedah lain menggantikan kaedah pertuturan. Antara kaedah yang digunakan bagi kanak-kanak pendengaran ini ialah kaedah auditory oral, bacaan bibir, bahasa isyarat, komunikasi seluruh dan pertuturan kiu. Kaedah komunikasi seluruh adalah antara kaedah yang banyak digunakan kerana ia menggabungkan ejaan jari, isyarat, bacaan bibir, pertuturan dan implikasi auditori ataupun dikenali juga sebagai bahasa isyarat manual-visual. Elemen penting dalam kaedah ini ialah penggunaan isyarat dan pertuturan secara serentak. Melalui kaedah ini, kanak-kanak dapat memahami apa yang dinyatakan mengikut keupayaan masing-masing.