Sunday, December 4, 2011

Bahasa Isyarat Komunikasi KSSR

Bahasa Isyarat Komunikasi menjadi salah satu sukatan pelajaran untuk murid-murid cacat pendengaran di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Cacat Pendengaran serta Program Pendidikan Khas Integrasi di seluruh negara mulai tahun 2011. Sukatan pelajaran baru ini termasuk dalam KSSR yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Antara sukatan awal untuk murid tahun satu ialah belajar huruf awal atau abjad seperti gambar yang saya lampirkan sehingga mereka mengenali huruf tersebut. Seterusnya mempelajari beberapa lagi perkataan sehingga membina ayat mudah dalam bahasa isyarat. Saya sendiri rasa gembira dapat mengajar murid-murid ini dalam bahasa isyarat walaupun saya orang normal. Pengalaman selama 16 tahun dengan murid pendengaran banyak mengajar saya erti kesabaran dan vekal menghadapi karenah mereka dalam mempelajari perkataan-perkataan baru untuk murid tahun satu.

Friday, November 25, 2011

Bahasa Isyarat Komunikasi

Berkomunikasi melalui pertuturan adalah terbaik bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran, akibat daripada kerosakan pendengaran, maka kaedah lain menggantikan kaedah pertuturan. Antara kaedah yang digunakan bagi kanak-kanak pendengaran ini ialah kaedah auditory oral, bacaan bibir, bahasa isyarat, komunikasi seluruh dan pertuturan kiu. Kaedah komunikasi seluruh adalah antara kaedah yang banyak digunakan kerana ia menggabungkan ejaan jari, isyarat, bacaan bibir, pertuturan dan implikasi auditori ataupun dikenali juga sebagai bahasa isyarat manual-visual. Elemen penting dalam kaedah ini ialah penggunaan isyarat dan pertuturan secara serentak. Melalui kaedah ini, kanak-kanak dapat memahami apa yang dinyatakan mengikut keupayaan masing-masing.

Saturday, October 15, 2011

Bahasa Isyarat Komunikasi

Salam 1 Malaysia, bahasa isyarat komunikasi digunakan oleh murid-murid cacat pendengaran di seluruh negara. Murid-murid ini belajar menggunakan bahasa isyarat sejak umur mereka 6 tahun. Bahasa ini penting untuk mereka kerana mereka bukan seperti manusia normal yang boleh bercakap dan bertutur. Bahasa isyarat yang mereka pelajari bermula dengan mengenal huruf dan seterusnya perkataan-perkataan yang mudah. Guru yang mengajar murid-murid pendengaran juga perlu mempelajari bahasa isyarat untuk memudahkan mereka berkomunikasi sesama mereka.